Birthday celebration !!

Posted by Lily.Lulu on Monday Jan 5, 2009 Under BIRTHDAY, EEHA, FAMILY, LENSALILY, MAKSU, NAWRA, NUHA

Sabtu malam yang lepas kaklong buat makan-makan untuk family kita orang dan sebelah BIL aku dan sekaligus untuk celebrate birthday Nawra yang pertama.

dsc01608-copy

Aku sampai kat rumah Kaklong petang, dia orang semua tengah dok busy prepare itu ini, masak dan membakar ayam-ayam, kambing-kambing. Eeha dan Nuha masa tuh tak siap dan tak mandi lagi termasuklah si birthday girl.

dsc01602-copy dsc01610-copy

Eeha muka sentap tetiba sebab dia nak baloon Pak Ngah dia tak kasi. Tarik muka enam belas lapan puluh dua tak sudah. Hahaha !!!  Yang ceria sentiasa siapa lagi kalau bukan Nuha. Happy sokmo !!

dsc01604-copy

Maksu dan birthday girl yang ketika itu bucuk tapi wangeeeeee. Pantas betul masa sekarang berlalu. Tup tap tup tap Nawra dah setahun. Tapi badan tetap maintain comel macam Eeha masa kecik-kecik dulu.

untitled-2-copy

Bila semua tetamu dah sampai, ape lagi masing-masing pun serbu nak makan !!! Banyak juadah yang ada malam tuh. Alhamdulillah .. rezeki untuk kami semua. Family belah BIL aku bawak mushroom soup, spaghetti sauce dan caramel.

untitled-1-copy

Yang nih kita orang yang sampai awal tolong Kaklong masak kat dapur. Aku tolong makan ajo. Hihihi  Tapi masa dorang dok busy masak kat dapur, aku tolong jaga si kecik okeh. Kata maksu yang penyayang. Kwang kwang kwang ~

dsc01630-copy

Birthday girl with Atok & Ibu

untitled-3-copy

We loveeeeeee Nawra !!!

untitled-4-copy

Yang meriah dan happy malam tuh of coz la bebudak kan. Memang happy tak hengat, sampaikan Eeha dan Nuha takmo melayan maksu dorang. Nawra je yang layan maksu dia. Hehehe … Belah BIL aku memang dia ada ramai anak buah. Belah family aku aje lah baru yang 3 ketul tuh ajo.

dsc01592-copy

Semua dah kenyang, masa untuk makan kek pulak. Yeayyyyyyyyy !!!! Memulanya aku nak order kat Wondermilk, tapi kalau order dengan dorang nak kena 7 hari awal dan sekarang nih tak boleh order online. Either kena gi Wondermilk sendiri ataupun fax kat dorang. Alahaiiii .. satu kerja pulak, aku dah la busy sepanjang last week.

Dengan last minute nya hari Jumaat petang tuh aku sms dan mintak tolong dari Wani tanya pasal cupcakes. Sib baik ada cousin dia yang sememangnya membuat dan menjual cupcakes. Setelah confirm, aku just bgtau Wani design cupcakes tuh tak kisah macam mana, as long as berkaitan dengan baby dan tulis Happy 1st Birthday Nawra.

dsc01674-copy

So here it is the cupcakes. Sangat sangat kiut, chomel dan sweet !! Aku suka giler !! Dan cupcakes nih memang sedap sangatttttt !! Siyes !!! Kire luaran dan dalaman dia amatlah menyelerakan. Puas hati sangat-sangat. Kalau korang order gerenti tak menyesal. Thank you so much to Myra’s Cupcakes and special thanks to Wani sebab dia yang sponsor cupcakes nih.

Actually aku memang nak bayar, dah sah sah aku yang nak order dan nak beli kan. Tapi Wani kata birthday aku last year dia tak kasi present apa-apa, so kirenya cupcakes nih birthday present aku la, tapi dapat kat Nawra. Hihi … Thank you so much Wani !!! Tq tq tq !!!!

dsc01678-copy

Nampak tuh, yang tak sabar nak makan cupcakes bukan birthday girl, tapi ibu nya. Haha !! Memang la tau ibu Nawra tuh. Over kalah maksu !!

untitled-5-copy

Everybody let’s sing Happy Birthday !!

dsc01686-copy

Mengikut pengalaman birthday-birthday anak-anak buah ku yang lepas, bila beli kek besar aje mesti tak habis. Mesti aje ada yang membazir, makan skit pastu dah tak nak makan. Disebabkan itulah aku order cupcakes nih. Lagi senang, tak yah nak susah-susah potong, dan tak comot. Terus ngap ngap ngap.

Bukan kata kedekut tak nak beli birthday cake, tapi kalau korang yang pernah dan biasa beli cupcakes, harga dia pun lebih kurang kalau beli sebiji cake yang besar. Tambah duit lagi skit boleh beli cake kat Secret Recipe lagi. Sekali sekala buat kelainan pun ok ape kan. Itu pun masa malam tuh tak habis cupcakes nya. Aku dah boleh agak sebab kan perot memasing dah kenyang makan yang berat-berat sebelum tuh.

dsc01689-copy

Nawra with her cupcakes !!

dsc01692-copy

Nawra with her 1st birthday card from Atok, Tokbu, Pakngah and Maksu

dsc01698-copy

Nawra with her birthday present baby Minnie Mouse

dsc01693-copy

Nawra and Maksu

dsc01705-copy

Kaklong and Me (Thanks to Nuha the photographer)

Seronok malam tuh sebab dah lama tak gather the whole family makan-makan macam nih. Kire sekaligus celebrate new year la jugak. Hehe ..

Nawra, maksu hutang birthday present untuk Nawra. Nanti maksu kasik yer. Happy 1st Birthday Aneesya Nawra !!!!

Nota kaki: Sume gambar snap pakai camera kaklong, camera aku masuk workshop hantar service.
29 COMMENTS »

Happy 1st Birthday Nawra !!!

Posted by Lily.Lulu on Saturday Jan 3, 2009 Under BIRTHDAY, LENSALILY, MAKSU, NAWRA

dsc01258-copy

HAPPY 1ST BIRTHDAY ANEESHA NAWRA !!!

Maksu loves you always and forever

19 COMMENTS »

Selamat Tahun Baru 2009

Posted by Lily.Lulu on Friday Jan 2, 2009 Under LENSALILY, NEW YEAR

Pengajaran yang aku dapat sebelum berakhirnya tahun 2008 …
Betul kata-kata yang selalu digunakan oleh orang-orang Melayu
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua

Terima kasih kerana engkau begitu pandai berpura-pura di depan aku
Terima kasih kerana engkau begitu pandai berlakon di depan aku
Terima kasih kerana engkau begitu pandai mereka cerita di depan aku
Terima kasih kerana engkau begitu pandai memanipulasi keadaan di depan aku
Terima kasih kerana engkau begitu pandai meminta simpati di depan aku
Terima kasih kerana engkau begitu pandai memaki hamun aku di depan kawan-kawan aku
Terima kasih tak terhingga aku ucapkan dari lubuk hati aku ini kerana engkaulah yang telah membuat aku semakin rapat dan begitu menghargai kawan-kawan aku yang ikhlas berkawan

Akhir kata dari aku …
Terima kasih kerana apa yang telah engkau lakukan selama ini telah membuat aku sedar siapa diri engkau yang sebenarnya

HAPPY NEW YEAR 2009 EVERYONE !!!!!!!!!!

Semoga tahun 2009 ini akan memberi seribu makna, pengertian dan pengalaman yang baru buat diri ku dan buat kalian juga.
Segala kenangan pahit itu kita jadikan sebagai pengajaran dan tauladan
Segala kenangan manis itu kita jadikan ia memori yang takkan luput sampai bila-bila

Nota kaki: Jangan korang tak sangka mereka yang mempunyai rupa paras yang kacak, menarik, tertarik, manis, ayu, cantik dan berseri itu tak pandai berlakon dan menipu. Orang-orang macam ni la yang lebih bahaya sebenarnya.
29 COMMENTS »

Kenanganku 2008 …

Posted by Lily.Lulu on Monday Dec 29, 2008 Under LENSALILY, MEMORY

Kenanganku sepanjang tahun 2008
Perkara-perkara penting yang berlaku dalam kehidupan aku
Aku hanya ingin kenang yang indah-indah sahaja
Yang malap, pahit dan busuk itu aku jadikan pengajaran dan tauladan
Semoga tahun 2009 akan memberi seribu makna buat diriku ini

3 Januari 2008

dsc_5612

Aku dapat anak buah yang ketiga diberi nama Aneesha Nawra
Masa baby Nawra sebijik macam masa Eeha baby dulu

13 Januari 2008

dsc060241

Hari jadi ibu ku tercinta yang ke 55
Kita orang satu family celebrate birthday ibu sekali dengan abangah

28 Januari 2008

testing2

Hari jadi abangah yang ke 27
Masa kecik-kecik dulu abangah comel dan montel
Tapi bila dah besar nih makin kurus kerempeng pulak
Bertukar tempat dengan aku masa kecik dan sekarang nih

11 Februari 2008

dsc03767

Aku jumpa blogger yang aku kenali iaitu Kak Arin
First time berjumpa dengan dia kat Hartamas Square
Masa nih Kak Arin masih kerja lagi

12 Februari 2008

dsc06784

Hari jadi Nuha yang ke 2
Pantas betul waktu berlalu
2 bulan lagi Nuha akan berumur 3 tahun
Dan tahun depan Nuha akan masuk sekolah tadika

17 Februari 2008

3

Buat pertama kalinya aku berjumpa dengan Abang Tepak
Titik pertemuan di Coffee Bean Pavillion
Masih aku ingat hingga kini …
Ada orang tu tak puas hati bila aku berjumpa dengan Abang Tepak dulu
Sampai sanggup buat cerita memburukkan aku tak sudah
Tak per aku tau aku berada di pihak yang benar

dsc_7244

Dan dalam masa yang sama pertama kali aku berjumpa dengan Fendi Osman
Dia pun ada sekali lepak dengan Abang Tepak masa tuh
Orang kuat PTD nih
Hehe …

21 Februari 2008

dsc_7487

Berjumpa dengan blogger lagi
Kali nih pulak dengan Kak Riani buat pertama kali
Aku bawak dia pergi makan nasi kerabu kat Kg. Baru

2 Mac 2008

7

First time aku follow EA pergi jumpa sedara-mara belah dia
Majlis pernikahan Liana cousin EA pada hari tuh

7 Mac 2008

30

Dinner kat Muara dengan Ana, Kak Win dan Ziana
Kita orang berempat pernah bekerja sekali
Yang masih kekal dan gagah tinggal di tempat lama Kak Win sorang aje
Rindu pada korang semua

17 Mac 2008

dsc_8827

Aku dan EA pergi menonton program Zoom In anjuran RTM di Angkasapuri
Pergi sebab support member siapa lagi kalau bukan HUJAN dan Coco
Masa nih la aku dapat berjumpa dan melepak dengan dorang semua
Rindu pada RANGERS yang lama …

21 Mac 2008

ini-ayah-saya1

Hari jadi ayah yang tersayang ke 60 tahun
Alhamdulillah ayah masih sihat dan gagah hingga kini
Semoga Allah panjangkan umur ayah ku

25 Mac 2008

dsc_93761

Buat pertama kalinya aku makan di William
Yang menemani aku EA dan Ziana
Titik permulaan kenapa aku makin lama makin sihat
Haha !!

26 Mac 2008

dsc_9474

1st time aku berjumpa dengan Kak Elly
Titik pertemuan kat William masa tuh
Masih aku ingat Kak Elly n Hubby dia kasi buah mangga
Heeeeeeeee ….

31 Mac 2008

dsc_9646

Baru lepas gunting rambut kat Thomas & Guys
Pergi Sg. Wang terjumpa dengan kawan baik aku Shima
Kami sama-sama belajar masa di UiTM Shah Alam dulu
Rindu aku pada dia …

1 April 2008

dsc_9684a

1st time aku dan EA berjumpa dengan Kak EJ
Bawak Kak EJ pergi makan kat mana lagi kalau bukan William

9 April 2008

dsc_9856a

Buat kedua kalinya aku berjumpa lagi dengan Kak Riani
Tapi ini adalah kali pertama aku berjumpa dengan hubbynya En.Mat6
Aku dan EA bawak mereka berdua makan kat William
Tak sudah-sudah William kan ?? Hehe …

21 April 2008

untitled-12

Jumpa pulak blogger lain sape lagi kalau bukan Nikli & Aley
Serta kawan dorang Zahir
Masa nih 1st time aku face to face berjumpa dengan dorang
Dan kita orang berjumpa kat William tak sudah

26 April 2008

untitled-11

Dan aku berjumpa lagi dengan sorang lagi blogger dari Labuan
Husna a.k.a Mrs. Sheikh yang aku temui buat pertama kali
Masa nih buat pertama kali juga aku jumpa dengan Abang TJ

1 Mei 2008

untitled-3

Buat pertama kalinya aku berjumpa dengan blogger yang bernama Suw & tunangnya
Dan sekaligus berjumpa jugak dengan Awie & kawannya Amad
Makan-makan di William sempena hari pekerja

4 Mei 2008

untitled-7a

EA birthday yang ke dua puluh *tooot*
Just had a lunch together at Chilli’s MV
Selamat hari tua !!

6 Mei 2008

1a

Ke Bandung selama 4 hari 3 malam bersama
Pengalaman yang sangat seronok lagi lagi bab shopping
Kenangan yang takkan dapat dilupakan

19 Mei 2008

9a

Makan kat William lagi bersama dengan Equil, Ayu, Nan, Ziana & Kakak
1st time aku bawak Nan datang makan kat William

41

Dan pada malam yang sama jugak berkesempatan berjumpa dengan Ojie
Buat pertama kali jugak …

24 Mei 2008

13

Melepak di William bersama mereka-mereka ini
Dan buat pertama kalinya aku bertemu muka dengan Axim & Inah
Tersenyum aku sendiri bila mengingati saat ini

28 Mei 2008

untitled-4

Fledia ex-colleague aku dan Ziana
Dari Kuching, Sarawak naik belon ke KL bercuti
Berjumpa dan bertemu makan di William lagi !!!

2 Jun 2008

untitled-21

Makan di William lagi dan buat pertama kalinya bertemu dengan Zoul
William William William tak sudah lagi kan

6 Jun 2008

dsc_2963

Department IT kat office buat BBQ
Seronok melepak mandi manda dengan dia orang
Makanan malam tuh semuanya sedap-sedap

11 Jun 2008

collage1

Sejak aku ada di muka bumi ini
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Kelantan
Aku menemani EA pulang ke Machang bertemu keluarganya

30 Jun 2008

dsc084751

Makan-makan di William bersama Abang Tepak & friends
EA dan kawan office kita orang Ali pun ada jugak

15 Julai 2008

dsc089941

Dapat early birthday present dari EA
Olympus camera yang aku nak sangat sebab waterproof

25 Julai 2008

dsc084331

Kaklong birthday yang ke 29
Celebrate ala kadar sahaja bersama family kita orang
Happy birthday long !!!

26 Julai 2008

p72602441

Jumpa blogger Pinkytot sekejap aje depan Ampang Point
Aku bagi dia free ticket tengok konsert Daughtry kat One Utama

p7270274

Belah malam tuh aku dan EA 1st time berjumpa dengan Ara
Blogger from Kuantan, Pahang
Aku bawak Ara makan kat William la mana lagi

27 Julai 2008

p7270038

Makan-makan kat River View bersama mereka-mereka di atas
1st time aku berjumpa dengan MNN dan Josh masa tuh
Rindunya nak makan kat River View !!

2 - 5 Ogos 2008

dsc_4327

17

Celebrate my birthday and farewell untuk Inah kat JB
Kita orang buat BBQ kat depan laut
Such a wonderful memory and the best birthday I ever had

dsc_4691

Dan kita orang semua ke Singapore bercuti
Kenangan terindah yang tak dapat dilupakan …

9 Ogos 2008

10

Hari-hari terakhir bersama Inah sebelum dia fly ke Aussie
Malam tuh memang best gilerrr !!

19 Ogos 2008

dsc_5706

Karaoke di Green Box Jusco Selatan
Dan sekaligus celebrate Dr. Hamdi yang ke berapa yeh ????
Dalam masa yang sama 1st time berjumpa dengan Dr. Syuk

22 Ogos 2008

dsc_6368

Balik kampung Pakda kahwin
Dan ke Jurong Bird Park Singapore dengan kazen mazen

1 September 2008
Bulan Ramadhan bermula

2 September 2008

dsc_6760

Birthday Najeeha yang ke 4
Celebrate kami sekeluarga sahaja
Belikan Najeeha buku cerita Strawberry Shortcakes

5 September 2008

4a

Berbuka puasa kat IKEA dengan mereka-mereka
Buffet tahun nih agak kureng berbanding tahun lepas

3a

Masa berbuka kat IKEA ditegur oleh seorang silent reader
Just called her Along
Tapi sekarang dah bukan silent reader lagi
Hehe ..

2

Dan berjumpa dengan Molly blogger yang dah lama tak jumpa
Boleh pulak tuh terserempak dalam tandas .. haha !!

2a

Belah malam pulak bersahur dengan YKWYA family
Celebrate birthday Axim tengah-tengah malam tuh

7 September 2008

11b

Berbuka puasa BBQ YKWYA family kat rumah Bang Bear & Doc Shah
Celebrate sekali birthday Axim & Doc Shah

31b

Malam tuh jugak 1st time jumpa dengan Sayda
Equil pun datang jugak lepas habis kelas
Thanks all !!

12 September 2008

dsc_7254

First time ke AJ dan berbuka puasa kat sana
Masa ni la 1st time berjumpa dengan Abang Zul a.k.a Orang Rawa
Dan tak disangka jumpa dengan Equil dan Ayu jugak kat sana
Berbuka la puasa kami semua sekali

17 September 2008

dsc_7461

Berbuka puasa kat Izzi dengan Ziana, MNN dan EA
Tak sangka pulak Maksu & family pun ada kat situ
Meja pulak sebelah sebelah …

19 September 2008

dsc_75501

Bersahur lagi di William kali nih bersama Mummy Cool & anak-anak
Masa nih aku demam ..
Walaupun demam tetap gagah jugak nak sahur bersama

26 September 2008

dsc_8279a

Majlis berbuka puasa office di Tropicana Golf & Country Resort
Juadah kat situ memang sedap giler !!

27 September 2008

dsc_8510aa

Berbuka puasa di AJ lagi bersama-sama Abang Tepak dan kekawan
1st time aku berjumpa dengan Wan Hidayat sorang lagi blogger yang bekerja di Miri

dsc_8456aa

Dan tak disangka jugak pada malam tuh bertemu dengan seorang lagi blogger
Sue Samsudin datang berbuka puasa kat AJ dengan kawannya

28 September 2008

dsc_8632a-265x400

Hari terakhir berbuka puasa dengan YKWYA yang ada
Ramai yang dah balik kampung masa nih
Kita orang berbuka di Chilli’s Mid Valley

1 Oktober 2008

untitled-5a

1st day of Hari Raya Aidilfitri pada tahun nih
Bersama-sama keluarga ku
Tak balik kampung this year since dah balik time Pak Da kawen

5 Oktober 2008

dsc00075

1st time jumpa Wani & Syasya adik-beradik blogger nih
Jumpa pulak tuh kat William .. hehe !!

12 Oktober 2008

dsc_9173

Dapat jemputan open house hari raya
Tuan rumah Tinker & kakaknya Lieawulf
1st time jumpa dengan dorang jugak

18 Oktober 2008
Special day for me and EA

25 - 29 Oktober 2008

63y

Ke Phuket, Thailand dengan EA, Nikli & Ziana
Giler punya seronok kat sana
Sampai kulit jadi tanned habis
Hahaha !!

5 November 2008

dsc_1896-265x400

Kali ketiga dalam tahun nih berjumpa dengan Kak Riani
Bawak pergi makan Nasi Lemak 70 sen kat Kg. Baru

28 November 2008

dsc_2907-copy1

Menonton Muzik Muzik Separuh Akhir - Etnik Kreatif
Thanks to Abang Bear & Abang Farihad for the invitation

29 November 2008

dsc_3136-copy-265x4001

Dapat jemputan dari Hatta ke M-IFW 2008 di Mid Valley
Ke sana bersama Abang Bear, Doc Shah, Erin & Nan

5 December 2008

dsc_4197-copy1

Sekali lagi ke Muzik Muzik Separuh Akhir
Kali nih kategori Balada
Best gile !!!

10 December 2008

pc110274-copy1

Ke Skudai & Kulai di Johor setelkan hal yang nak disetelkan
Jumpa dengan Abang Tepak & adiknya Kak Nita
Teringat makan mee bandung yang sedap giler tuh
Haihhh …. lapar !!!

13 December 2008

dsc_5038-copy1

Ke Machang, Kelantan anak buah EA kahwin
Pengalaman ke Kelantan kali nih driving pulak
Pening kepala dok dalam kereta lama-lama

20 December 2008

dsc_6146-tile-copy1

Family day company aku di A Famosa, Melaka
Seronok sebab dah lama tak have fun macam nih

Akhir kata …
Salam Maal Hijrah 1430 buat semua umat Islam di dunia ini
Selamat menyambut tahun baru 2009 yang bakal tiba tak lama lagi

45 COMMENTS »